Program Ta’zeez: Memahami Hadith Dhaif – Antara Kewaspadaan dan Pengamalan

Sabtu, 27 Jamadilawal 1448 bersamaan 07 November 2026

BANDAR SERI BEGAWAN, 07 NOVEMBER 2026 – Sekolah Tinggi Arab Hassanal Bolkiah telah menganjurkan Program Ta’zeez bertajuk “Memahami Hadith Dhaif: Antara Kewaspadaan dan Pengamalan” bertempat di sekolah berkenaan. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Al-Quran dan Hadits ini dihadiri oleh para pegawai, guru-guru, serta para pelajar Pra U1.

Yang Mulia Ustaz Haji Khairul Anwar bin Haji Muhammad, Pegawai Istinbat di Jabatan Mufti Kerajaan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah pada program tersebut.

Pada sesi ceramah, beliau telah mengupas dengan terperinci mengenai hukum, syarat-syarat periwayatan, serta garis panduan dalam berinteraksi dengan hadith dhaif supaya warga sekolah lebih waspada dalam pengamalan seharian.

Penglibatan daripada Jabatan Mufti Kerajaan ini memberi ruang kepada para pelajar dan warga sekolah untuk bertukar pandangan serta mengajukan pelbagai soalan semasa sesi soal jawab. Pengetahuan yang dikongsikan diharap dapat membimbing para pelajar agar lebih berhati-hati dalam meneliti kesahihan sesebuah hadith sebelum menjadikannya sebagai sandaran amalan.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat tersebut, majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati oleh Yang Mulia Hajah Noor Bahyah Kumalawati binti Haji Kadir, Pemangku Timbalan Pengetua Akademik sekolah berkenaan kepada Yang Mulia Ustaz Haji Khairul Anwar bin Haji Muhammad, penceramah jemputan dari Jabatan Mufti Kerajaan.