Bahagian

Urusetia Fatwa

Bahagian Urusetia Fatwa merupakan salah sebuah unit atau bahagian dalam Jabatan Mufti Kerajaan yang mana fungsi utamanya adalah mentadbir dan mengurus Fatwa Mufti Kerajaan dan Irsyad Hukum serta bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengannya. Selain daripada itu, ianya juga merupakan sebagai landasan bagi masyarakat untuk mendapatkan penjelasan hukum.

Penerbitan

Penerbitan bertanggungjawab dalam kerja-kerja penyebaran ilmu Islam melalui penerbitan buku-buku, surat berita, majalah dan sebagainya termasuk penjualan buku yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan. 
 
Bahagian ini juga menyediakan perkhidmatan Wakaf Ilmu sebagai landasan orang ramai beramal jariah.

Penerbitan Am

Bahagian Buhuth & Irsyad

Bahagian Buhuth dan Irsyad bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja penyeldikan dan memberikan panduan serta bimbingan hukum melalui program penyebaran Fatwa, Irsyad dan Ilmu untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai terutama sekali dalam meleraikan persoalan mengenai permasalahan hukum yang tidak diketahui atau meragukan.

Bahagian Ifta

Bahagian ‘Ifta bertanggungjawab dalam penyelidikan dan perkongsian pengetahuan mengenai isu-isu berkaitan hukum syara’ bagi tugasan penyebaran Fatwa, Irsyad dan Ilmu.

Perpustakaan Islam Brunei

Perpustakaan Islam Brunei Darussalam (PIBD) telah dibuka rasmi dan dinamakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkian Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 28 Jamadilawal 1422 bersamaan 18 Ogos 2001 bersempena dengan Expo Islam Antarabangsa Pertama yang dikendalikan oleh Jabatan Mufti Kerajaan.

Objektif Penubuhannya

  • Menyediakan pusat sumber rujukan Islam yang komprehensif bagi penggunaan secara menyeluruh oleh segenap lapisan masyarakat pada masa kini dan di masa hadapan.

  • Berperanan dalam proses pengumpulan, pengembangan dan penyebaran ilmu pengetahuan Islam tanpa mengambil kira bahasa, aliran dan mazhab dari seluruh dunia untuk manfaat, maslahat kebajikan dan kemajuan umat muslimin seluruhnya.

  • Menyokong penyebaran dan penggunaan secara meluas bahan-bahan atau koleksi Islam dalam bentuk buku, majalah, surat khabar, manuskrip dan bahan-bahan bercorak multimedia.