- +673-2224955 / 2224956
- info@mufti.gov.bn
Sebelum menjawat jawatan Mufti Kerajaan pada 1994, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned pernah menjawat beberapa jawatan, seperti: Pegawai Ugama di Jabatan Hal Ehwal Ugama, Brunei (tahun 1970), Penguasa Penerangan dan Tabligh (tahun 1971), Pegawai Ugama Kanan (tahun 1976), Timbalan Kadi Besar (tahun 1983), Pengarah Hal Ehwal Syar’iah (tahun 1986) dan Timbalan Mufti Kerajaan (tahun 1989).
Yang Berhormat Pehin mendapat pendidikan awal di Brunei Darussalam; kemudian melanjutkan pelajaran ke Madrasah al-Junied, Singapura pada 1955; kemudian ke Kolej Islam Malaya pada 1962 dan Al-Azhar, Mesir pada 1968.
Yang Berhormat Pehin adalah Ahli Tetap Yayasan Ali Al-Bait di Amman, Jordan dan Anggota Panel Penasihat Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) serta beberapa keahlian lain dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, antaranya:
Keahlian yang bermula tahun 70-an:
Keahlian yang bermula tahun 80-an:
Keahlian yang bermula tahun 90-an:
Keahlian yang bermula tahun 2000 ke atas:
Yang Berhormat telah disampiri gelaran “Yang Dimuliakan Pehin Udana Khatib” pada 26 Mac, 1983, “Yang Dimuliakan Pehin Tuan Imam” pada 06 November, 1984 dan “Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja” pada 09 Mei, 1996. Yang Berhormat Pehin juga dikurniakan beberapa bintang kebesaran dan kehormatan Negara Brunei Darussalam: Bintang Kebesaran Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B) pada tahun 1982, Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J) pada tahun 1983, Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Pertama (P.S.S.U.B) pada tahun 1984 serta Pingat-Pingat Bakti Laila Ikhlas (P.B.L.I), Kerja Lama (P.K.L) dan Pingat Hassanal Bolkiah Sultan Darjah Pertama (P.H.B.S) pada 15 Julai, 2010.
Sebagai seorang yang suka menulis, Yang Berhormat Pehin mula berkarya pada tahun 1956. Hasil-hasil tulisan Yang Berhormat Pehin kebanyakannya diterbitkan oleh penerbit dari agensi-agensi kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei; Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri disamping turut diterbitkan oleh penerbit/pencetak dari luar negara. Hasil tulisan dan karya yang dibukukan setakat ini berjumlah lebih 50 judul. Diantara buku-buku yang dihasilkan itu ialah: Panduan Menunaikan Fardhu Haji; Menghayati Islam: Ke Arah Pendidikan Akhlak Yang Sempurna; Panduan Cara-Cara Menyembahyangkan Mayat, Kejujuran Asas Kejayaan; Seruan Islam I, II, III & IV; Musuh Islam; Tetamu Allah (tahun 1987); Tetamu Allah II (tahun 1989); Tetamu Allah III Bersama Ahli Kerabat Di Raja (tahun 1993); Al-Mu’min Menjadi Tetamu Allah kali keempat dan Kelima (tahun 1995) dan Islam di Brunei.
Setelah Jabatan Mufti Kerajaan ditubuhkan pada 1994, Yang Berhormat Pehin menghasilkan pula: “Lawatan Negara: Satu Wadah Kerana Allah”; Fatwa Mufti Kerajaan (1994-1995, 1996, 1997, 1998, 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009; 2010; 2011; 2012 dan 2013); Bersama Mufti (1995-1997); Islam Dan Muzik; Buku Mushaf, Tasbih, Tongkat Koleksi Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah; Bertabarruk Dengan Atsar-Atsar Nabi; Rokok dan Merokok; Jambatan Ke Akhirat; Tsunami Satu I’tibar; Kerasukan: Merawat dan Mencegahnya; Pemedulian Pelanggan Menurut Perspektif Islam; Orang Sembahyang Ditangisi Oleh Tempat Sujudnya; Orang Berbank Kita Juga Berbank; Haji & Umrah; Berubat Dengan Perubatan Bumi dan Perubatan Langit; Selesema Babi Kukuhkan Kebenaran Al-Qur’an; Isra’ Mi’raj Satu Mu’jizat; Keramat Wali-Wali Allah; Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah Penyelamat Ummah; Hebatnya Guru; Qanun Jenayah Syar‘iah Satu Pengenalan; The Shari‘ah Penal Code An Introduction; Bandar Seri Begawan Menagih Berkat Dari Langit dan Bumi; Gaya Hidup Sihat dan Permakanan Sihat Menurut Perspektif Islam; Manusia Mencabar Allah; Membaca Nadi Kejayaan Bangsa dan Rawatan & Kesihatan 2.
Antara buku Yang Berhormat Pehin dalam bidang sastera ialah Antologi sajak bersama seperti: Laungan, 1966, terbitan Penerbitan Federal Kuala Lumpur; Puisi Hidayat, 1971, terbitan Pusat Dakwah Islamiah; Puisi Hidayat II, 1975, terbitan Pusat Dakwah Islamiah; Pakatan pada tahun 1976; Koleksi Sajak-Sajak Darussalam, 1979, terbitan Syarikat Mega, Brunei, Lagu Hari Depan pada tahun 1980; Puisi-Puisi Nusantara, 1981, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur; Bunga Rampai Sastera Melayu Brunei, 1984, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, Memburu Pelangi pada tahun 1992; antologi sastera ASEAN Puisi Moden Brunei, 1994, terbitan The Asean Committee on Cultural and Information; Hasrat Merdeka pada tahun 1995; Anthology Of ASEAN Literatures Modern Poetry of Brunei Darussalam, 1998; Larian Hidup pada tahun 1999 Kembara Merdeka : Dua Dekad Meniti Usia pada tahun 2004 dan Episod Tsunami Peringatan Illahi (Sebuah Iktibar dan Pengajaran) pada tahun 2005; antologi bersendirian: Senandong Anak Watan pada tahun 2000; Dari Jendela Dunia pada tahun 2008; Negara Zikir pada tahun 2010; Melayu Islam Beraja “Mahkota Negara” pada tahun 2011 dan Perintah Qanun Jenayah Syar’iah “NERACA ALLAH” pada tahun 2013. Sempena Pesta Buku Brunei dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca 2015, buku Dari Jendela Dunia versi bahasa Inggeris berjudul A Collection of Poetry Window on the World terbitan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei (DBP) dan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) telah dilancarkan.
Hasil tulisan Yang Berhormat Pehin juga pernah termuat dalam jurnal, majalah, dan akhbar seperti : Beriga, Bahana, Bintang Harian, Pelita Brunei dan Teratai (terbitan Brunei), Utusan Kanak-Kanak dan Gelanggang (terbitan Singapura), Utusan Zaman, Berita Minggu, Mastika dan Dewan Masyarakat (terbitan Malaysia).
Disamping itu Yang Berhormat Pehin juga sering menerima undangan Kementerian-Kementerian dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negera untuk membentangkan kertas-kertas kerja di persidangan-persidangan, seminar-seminar, dialog-dialog serta berceramah bagi majlis-majlis bersempena dan juga memenuhi undangan dari luar negeri. Pernah diundang untuk menghadiri beberapa Persidangan mewakili Negara Brunei Darussalam seperti Persidangan Islam Asia Pertama di Karachi, Pakistan; Persidangan Fatwa dan Prinsip-Prinsipnya di Makkah al-Mukarramah; The 15th General Conference of The Royal Aali Al-Bait, di Amman Jordan; Pusat Pengajian Islam, Oxford, United Kingdom; Jamia Markaz International Conference, Calicut, India; jemputan Anugerah Antarabangsa Naif bin Abdul Aziz Al Saud bagi Sunnah Nabi dan Pengajian Islam Kontemporari; Persidangan Sains Bangsa di Dakar, Senagal; Persidangan Persatuan Liga Islam Sedunia, Makkah dan beberapa undangan-undangan lain.
Yang Berhormat Pehin juga banyak memberikan ceramah agama dan “Kuliah Subuh” di masjid-masjid rasmi kerajaan dan surau-surau di seluruh negara. Juga sering tampil memberikan khutbah di masjid-masjid pada Hari Jumaat.
Dalam bidang pekerjaan dan penulisannya, pada 1993, Yang Berhormat Pehin menerima anugerah ASEAN Cultural Award On Literary Works; tahun 2000 menerima anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A Write Award), di Bangkok, Thailand; dan pada 11 September, 2007 dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Brunei Darussalam, Anugerah Khas Penulisan Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 27 Jun, 2011, Anugerah Tokoh Ugama bagi Tahun 1433 Hijrah pada 26 November, 2011 dan menjadi penerima Anugerah Kesusasteraan Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Ke-2 pada 25 November, 2013.
Selain daripada itu, melalui sumbangan buku-buku tulisan Yang Berhormat Pehin (Buku Qanun Jenayah Syar‘iah Satu Pengenalan, The Shari‘ah Penal Code An Introduction, Neraca Allah dan buku Fatwa Mufti Kerajaan 2013), Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Penerbit Nusantara oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara Malaysia yang berlangsung pada 17 Safar, 1436 bersamaan 10 Disember, 2014, di Kuala Lumpur, Malaysia. Begitu juga buku Qanun Jenayah Syar’iah: Satu Pengenalan ini telah diberi penghargaan sebagai Buku Terlaris 2014 (Kategori Ilmiah) Semasa Pesta Buku Brunei Dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca 2015 Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke 31, Tahun 2015 Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, dilahirkan pada 3 Zulhijah, 1360 bersamaan 22 Disember, 1941 di Kampung Setia Pahlawan Lama, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Mendirikan rumahtangga dengan Datin Hajah Maznah binti Haji Mohammad dan dikurniakan 3 orang anak - dua lelaki dan seorang perempuan.
Perkhidmatan beliau dalam sektor kerajaan bermula pada 04hb April 1988 apabila dilantik sebagai Pegawai Ugama di Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting, antaranya sebagai Pegawai Ugama, Ketua Unit Kawalan Penerbitan dan Penapisan, Pemangku Kadi Daerah, serta Pemangku Ketua Bahagian Penyiasatan dan Pendakwaan.
Pada 01hb Disember 1994, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Istinbat Kanan di Jabatan Mufti Kerajaan sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Istinbat berkuat kuasa mulai 01hb Januari 2002.
Perkhidmatan beliau dalam perkhidmatan kerajaan bermula sebagai Pegawai Ugama di Kementerian Hal Ehwal Ugama pada 11 Mac 1989. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Kadi Daerah pada 1 Mac 1993. Pada 1 Oktober 1995, beliau menyandang jawatan Pegawai Istinbat Kanan di Jabatan Mufti Kerajaan sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Penyelidik Ugama mulai 1 Januari 2002 hingga 1 September 2012. Kemudian, pada 19 Jun 2017, beliau dilantik sebagai Penolong Mufti Buhuth.
Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Dennie bin Haji Abdullah dilantik sebagai Penolong Mufti (Ifta’) di Jabatan Mufti Kerajaan pada 1hb Julai 2021.
Perkhidmatan beliau dengan kerajaan bermula sebagai Pegawai Ugama di Kementerian Hal Ehwal Ugama pada 01hb November 1993 hingga 30hb September 1995, Pegawai Istinbat di Jabatan Mufti Kerajaan pada 01hb Oktober 1995 hingga 31hb Disember 2003, Pegawai Istinbat Kanan pada 01hb Januari 2004 hingga 18hb Jun 2017 dan Ketua Istinbat pada 19hb Jun 2017 hingga 30hb Jun 2021.
Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah daripada Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir pada tahun 1993, Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Syariah) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia pada tahun 2004 dan Ijazah Doktor Falsafah Syariah daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam pada tahun 2020.
Jabatan Mufti Kerajaan © . Dikuasai oleh Activ8 BN Digital Solutions