Lawatan Kerja Perpustakaan Jabatan Muzium-Muzium ke Perpustakaan Islam Brunei Darussalam

Perpustakaan Islam Brunei Darussalam (PIB) telah menerima lawatan kerja dari Perpustakaan Jabatan Muzium-Muzium Brunei pada 15 Ogos, 2026 bersamaan 2 Rabiulawal, 1448.

Hadir menerima rombongan ialah Ustazah Hajah Safiyah binti Haji Tuah, Pemangku Ketua Qismulhikmah serta pegawai-pegawai dan kakitangan PIB.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk mempelajari amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan serta bertukar-tukar pendapat bagi menambah baik dan memperkukuh mutu perkhidmatan. Di samping itu juga, lawatan ini dapat mewujudkan peluang kerjasama strategik antara perpustakaan sektor kerajaan.