






Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir, Pengerusi Pondok An-Zawiyah An-Nasiriyyah, Kedah, Malaysia. Kunjungan ini telah diadakan pada hari Khamis, 22 Safar, 1448 bersamaan 06 Ogos, 2026 di Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.
Menyambut kedatangan rombongan ialah Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman serta pegawai dan kakitangan JMK.
Pada pertemuan tersebut, rombongan juga telah dibawa melawat ke kedai Buku JMK dan Perpustakaan Islam Brunei Darussalam (PIB).
Kunjungan ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama pihak Jabatan Mufti Kerajaan. Beliau berada di Negara Brunei Darussalam bagi program ceramah dan pengajian yang beliau kendalikan selama 5 hari di beberapa tempat di Negara ini.